Lelaki meninggal dunia dalam kereta di lebuh raya - Utusan Malaysia

Lelaki meninggal dunia dalam kereta di lebuh raya

SEORANG lelaki ditemui meninggal dunia dalam keretanya dalam kejadian di Kilometer 229.8, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), dekat Rembau tengah hari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU:  Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam keretanya yang dalam kejadian di Kilometer 229.8, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, kira-kira pukul 12.36 tengah hari tadi

Ho Gan Phin, 54, dipercayai pekerja sebuah syarikat pembinaan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang bergegas ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, maklumat awal penemuan insiden berkenaan adalah hasil rondaan anggota polis kereta peronda (MPV) Rembau di kawasan sekitar berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Pedas Linggi.

“Mangsa iaitu seorang lelaki dilihat dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan jenis Toyota Vios. Pasukan paramedik serta bomba dihubungi bagi membantu memeriksa mangsa di dalam kenderaan.

“Mangsa yang beralamat di Taiping, Perak disahkan telah meninggal dunia dan mayatnya di hantar ke Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazri berkata, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya