ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus catat penurunan apabila seramai 146 mangsa daripada 38 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 8 pagi ini.
Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, setakat hari ini, dua daerah iaitu Pendang dan Kubang Pasu masih terjejas.
“Namun, penurunan dicatatkan di Pendang iaitu seramai 85 mangsa daripada 19 keluarga di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dan 39 mangsa daripada 15 keluarga di PPS Dewan Cenderawasih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Muaz berkata, di daerah Kubang Pasu pula, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Malau masih menempatkan 22 mangsa daripada daripada empat keluarga. -UTUSAN ONLINE