Dirempuh ketika rakam kemalangan - Utusan Malaysia

Dirempuh ketika rakam kemalangan

LOKASI kemalangan di Jalan Tun Hamzah, Melaka yang menyebabkan kematian seorang lelaki, Syarurazi Kaharudin. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pejalan kaki yang bekerja sebagai pembancuh coconut shake maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang merakamkan kejadian kemalangan di Jalan Tun Hamzah di sini pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Syarurazi Kaharudin, 23, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, sebelum kejadian, telah berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dari Ayer Keroh ke Duyong yang hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan. 

Katanya, mangsa yang terlihat kemalangan itu telah datang berdekatan lokasi untuk merakamkan gambar kejadian, sebelum tiba-tiba sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita merempuh pemuda berkenaan. 

“Hasil siasatan awal, wanita yang memandu Myvi tersebut dipercayai tertidur menyebabkan kenderaan dinaikinya bersama seorang anak perempuan berusia lapan tahun terbabas dan melanggar mangsa. 

“Akibat rempuhan itu mangsa yang bekerja sebagai pembancuh coconut shake meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, pemandu Proton Saga yang merupakan seorang wanita pekerja kilang tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Dua beranak di dalam Myvi pula hanya mengalami luka-luka di bahagian muka di jari dan tangan. 

“Mayat mangsa telah dihantar ke  Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes setakat ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya