Banjir: 117 laporan polis diterima - Utusan Malaysia

Banjir: 117 laporan polis diterima

PENDUDUK membersihkan rumah kediaman mereka akibat banjir di Kampung Lembah Jaya Ampang di sini hari ini. -UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 117 laporan diterima polis susulan kejadian banjir lumpur di Lembah Jaya Utara, Ampang di sini Selasa lalu. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. 

Ujarnya, kawasan yang dikenal pasti terjejas adalah Kampung Pinggaran 3 dan Kampung Lembah Utara  melibatkan sebanyak 206 unit rumah dan 1,019 mangsa. 

“Mangsa-mangsa yang terlibat telah ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang dijadikan Pusat Penempatan Sementara. (PPS). 

“Kita juga mendirikan Balai Bergerak di dalam kawasan PPS bagi memudahkan mangsa terlibat membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambah Mohamad Farouk, selain pasukan polis, beberapa agensi lain turut membantu mangsa banjir adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sukarelawan Malaysia, MPAJ, dan Pejabat Kesihatan Daerah dan serta pertubuhan bukan kerajaan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya