Penunggang motosikal, pejalan kaki maut nahas jalan raya  - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal, pejalan kaki maut nahas jalan raya 

KEADAAN kemalangan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal dan seorang pejalan kaki terbunuh dalam kejadian di Solaria Residences, Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN LEPAS: Seorang penunggang motosikal dan seorang pejalan kaki terbunuh dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta, motosikal dan pejalan kaki di Solaria Residences, Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas dekat sini malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 malam itu, dua lagi mangsa iaitu pemandu kereta dan seorang pejalan kaki turut cedera parah. 

Mereka yang dilaporkan maut di tempat kejadian ialah penunggang motosikal, Faizal Abu Bakar, 33, dan pejalan kaki, Suhaila Zainol Abidin, 45, dipercayai akibat kecederaan parah. 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mendapati pemandu kereta lelaki berusia 25 tahun dan pejalan kaki wanita yang tiada maklumat umur didapati mengalami kecederaan parah. 

“Kemalangan itu didapati membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebuah motosikal jenis Honda Wave serta melibatkan dua orang mangsa pejalan kaki. 

“Pemandu kereta yang tidak tersepit telah dikeluarkan oleh orang awam dan seorang pejalan kaki telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Jurucakap itu berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. 

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian telah selesai sebelum operasi ditamatkan pada pukul 1.38 pagi. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya