Penunggang motosikal maut selepas tercampak - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut selepas tercampak

KEADAAN dua buah motosikal yang terbakar selepas bergesel antara satu sama lain di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) Kilometer (KM) 39.6 arah utara di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain lalu tercampak dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) Kilometer (KM) 39.6 arah utara di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian pukul 4.20 petang itu melibatkan mangsa berusia 38 tahun menunggung motosikal jenis Yamaha RXZ bergesel dengan satu lagi motosikal jenis sama ditunggang seorang lelaki berusia 24 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua motosikal tersebut dari arah Melaka hendak pulang ke Klang, Selangor dan sebaik tiba di lokasi kejadian, berlaku pergeseran di antara motosikal tersebut yang juga kenalan mangsa.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah tercampak di atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata, susulan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat manakala, seorang lagi penunggang mengalami kecederaan dan dirawat di hospital.   

Tambahnya, kejadian tersebut menyebabkan kedua-dua motosikal itu terbakar selain keadaan jalan lurus, rata, kering serta cuaca dalam keadaan baik ketika itu. 

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya