Pekerja kilang maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pekerja kilang maut kemalangan

KEADAAN mayat mangsa selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di di Jalan Bukit Karangan, Kulim hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah kereta di Jalan Bukit Karangan di sini  hari ini.

 

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa, Mohd. Saiful Hezri Mohmad, 37, dari Pondok Bukit Besar, Kota Sarang Semut dekat sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka dan kepala.

 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Sazalee Adam berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dan kereta jenis Proton Saga FLX dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil menghala Titi Karangan. 

 

“Ketika itu, keadaan lalu lintas agak sibuk dan kereta tersebut bergerak perlahan sebelum

mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar bahagian belakang  kereta berkenaan,” katanya di sini semalam.

 

Sazalee berkata, akibat daripada pelanggaran itu, mangsa jatuh tersembam di atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah di muka dan kepala.

 

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya