Budak enam tahun lemas ditemukan terapung - Utusan Malaysia

Budak enam tahun lemas ditemukan terapung

MANGSA dibawa ke tepi pantai bagi diberikan bantuan pernafasan oleh agensi penyelamat yang terlibat-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan lemas petang tadi ditemui dalam jarak lima hingga 10 meter dari Pantai Seaview, Tanjung Gemok di sini.

Mangsa, Muhammad Nurmubien Muhammad Miqdam yang sebelum itu mandi bersama abangnya berusia 10 tahun ditemukan pihak bomba yang tiba di lokasi selepas menerima laporan kejadian berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.08 dan tiba di lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian.

“Sejurus tiba kami telah memulakan pencarian, seorang mangsa sudah diselamatkan oleh ahli keluarga dan orang awam.

“Seorang lagi ditemukan selepas agensi terlibat menjumpai objek sejauh lima hingga 10 meter dari pantai pada pukul 6.15 petang dan ketika ditemukan mangsa dalam keadaan terapung dan agak lemah,” katanya hari ini.

Tambahnya, selepas ditemukan dan dibawa ke pantai, mangsa terpaksa diberikan bantuan pernafasan yang mengambil masa selama 40 minit.

“Agensi penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kemudian telah menyerahkan mangsa petugas kesihatan untuk dibawa ke Hospital Port Dickson bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Mohd. Hairul memaklumkan, keadaan laut ketika kejadian petang tadi berombak besar dan tidak stabil.

“Hasil pemantauan mendapati keadaan laut pada pagi tadi agak baik namun petang ini mengalami ombak besar,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya