Azab tersepit 10 minit - Utusan Malaysia

Azab tersepit 10 minit

KEADAAN dua kenderaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau di Kuala Selangor, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki menanggung azab hampir 10 minit apabila tersepit dalam pacuan empat roda dipandunya yang terbabit kemalangan di  Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, Jeram di sini, hari ini.

 

Toyota Hilux yang dipandu mangsa berusia 55 tahun itu dipercayai merempuh sebuah ke sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dinaiki enam sekeluarga.

   

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.42 tengah hari.

 

Katanya, sepasukan lapan anggota termasuk pegawai dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dikerah dalam operasi itu.

 

“Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati pemandu Hilux itu masih tersepit dan mengalami kecederaan teruk. Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada petugas perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Tambah beliau, ketika kejadian, seorang lelaki berusia 35 tahun turut berada dalam Hilux berkenaan, namun hanya cedera ringan.

 

Menurutnya, bagaimanapun enam sekeluarga menaiki kereta yang dirempuh pacuan empat roda itu hanya mengalami cedera ringan.

 

“Mereka yang terdiri daripada seorang wanita, dua remaja perempuan dan tiga kanak-kanak lelaki bagaimanapun terselamat,” ujarnya.

  

Kemalangan itu mengakibatkan SUV dinaiki keluarga berkenaan turut terbalik dipercayai akibat rempuhan kuat. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya