Abang maut, adik terselamat kereta hilang kawalan  - Utusan Malaysia

Abang maut, adik terselamat kereta hilang kawalan 

PEMANDU berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian terbabas di Kilometer 193.4 PLUS, arah Selatan. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut manakala adiknya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 193.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah Selatan, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 pagi itu, mangsa, S. Neetyavani, 34, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan, manakala adik lelakinya, S. Chandran, 22, dikejarkan ke Zon Kuning Hospital Melaka. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, kejadian berlaku ketika dua beradik itu dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke Puchong. 

“Setiba di lokasi, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dinaiki mereka telah hilang kawalan dan terbabas sendiri ke kiri jalan. 

“Akibat kemalangan itu, pemandu berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpang terselamat,” katanya.

Tambahnya, hasil siasatan pegawai penyiasat di lokasi turut menemui kesan tayar di atas rumput sebelah kiri dan permukaan jalan.

“Keadaan jalan adalah lurus dua lorong, manakala lalu lintas dalam keadaan lancar serta cuaca tidak hujan,” jelasnya. 

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -DONE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya