Suami, 2 anak mangsa tanah runtuh sempat selamatkan diri - Utusan Malaysia

Suami, 2 anak mangsa tanah runtuh sempat selamatkan diri

KEADAAN rumah mangsa yang maut tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah berikutan hujan di Cameron Highlands hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Hujan lebat berterusan hampir dua jam menyebabkan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan seorang wanita di Jalan Sungai Palas di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, K. Vijaya, 59, maut tertimbus runtuhan tanah manakala anak perempuannya berusia 29 tahun cedera.

Suami dan seorang lagi anak perempuan mangsa bagaimanapun terselamat.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.30 petang.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati terdapat tanah runtuh yang membawa lumpur dan pokok tumbang hingga meranapkan sebuah rumah.

“Semasa kejadian terdapat empat orang di dalam rumah tersebut namun mangsa terperangkap di dalam runtuhan manakala tiga ahli keluarga lain sempat menyelamatkan diri.

“Wanita itu bagaimanapun berjaya ditemui pada pukul 5:41 petang dan jengkaut digunakan untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Menurut beliau, hujan lebat selama dua jam sebelum kejadian dipercayai telah menyebabkan pergerakan tanah di bahagian atas hingga mengakibatkan sebahagian rumah roboh dihanyut air.

“Mangsa terperangkap dalam runtuhan tanah sedalam satu meter,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya