Enam sekeluarga melecur rumah dijilat api - Utusan Malaysia

Enam sekeluarga melecur rumah dijilat api

KEADAAN rumah mangsa yang terbakar di Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Enam sekeluarga termasuk dua kanak-kanak cedera melecur ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah mereka di Pasir Panjang, Sekinchan di sini, awal pagi tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, semua mangsa berusia lapan hingga 42 tahun dipercayai sedang tidur di kediaman berkenaan.

  

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan 16 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan serta Sungai Besar bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 3.04 pagi.

  

Katanya, pemeriksaan mendapati sebuah rumah kampung dan kereta Proton Wira sedang marak dijilat api.

  

“Ketika kejadian, terdapat enam mangsa menghuni rumah itu dan mereka berjaya menyelamatkan diri ketika kebakaran berkenaan.

  

“Semua mangsa cedera melecur di beberapa anggota badan dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

  

Semua penghuni rumah itu adalah Jamri Manap, 41, dan Jurina Aziz, 46; Mohd. Raziq Azrai, 19; dan Norhidayah, 17.

  

Turut terselamat, dua kanak-kanak iaitu Norain Jamalin, 12, dan adiknya, Mohd. Zazil Hidayat, 8.

  

Tambah Norazam, kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4.05 pagi.

  

“Kemusnahan rumah dan kereta Wira berkenaan masing-masing sebanyak 90 dan 60 peratus.

  

“Punca sebenar kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya