Dua maut, bas bertembung motosikal - Utusan Malaysia

Dua maut, bas bertembung motosikal

KEADAAN kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah motosikal di Jalan Persiaran KorporaT, Nilai, Seremban awal pagi tadi yang mengakibatkan dua lelaki maut.-IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang bertembung dengan sebuah motosikal di Jalan Persiaran Korporat berdekatan Restoran As-Salam, Nilai di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu, pemandu bas, G.Manoharan, 59, maut di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, S.Kartikeyan, 36, pula disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, pemandu bas yang datang dari arah Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menghala Nilai dipercayai sedang bergerak terus sebelum melanggar sebuah motosikal.

“Motosikal itu dipercayai keluar dari simpang arah kanan, lalu hilang kawalan dan terlanggar pokok di bahu kanan jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu pemandu bas mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki akibat tersepit dan dibawa ke Unit Forensik HTJ, Seremban untuk tujuan bedah siasat.

“Penunggang motosikal pula cedera parah di kepala dan meninggal dunia selepas menerima rawatan di HTJ, Seremban,” katanya lagi.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya