Dua beranak sesat, kereta tersangkut dalam lumpur gara-gara ikut aplikasi navigasi - Utusan Malaysia

Dua beranak sesat, kereta tersangkut dalam lumpur gara-gara ikut aplikasi navigasi

KEADAAN kereta dinaiki seorang wanita dan anaknya yang sangkut dalam lumpur setelah menggunakan aplikasi navigasi di Jalan Kampung Gajah-Changkat Lada di Pasir Salak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Gara-gara menggunakan aplikasi navigasi, dua beranak terpaksa melalui detik cemas setelah kenderaan dinaiki mereka tersangkut dalam lumpur di Jalan Kampung Gajah-Changkat Lada, di sini semalam.

Kejadian berlaku ketika wanita berusia 37 tahun dan anak perempuannya yang berusia 10 tahun itu tersesat masuk ke dalam ladang kelapa sawit sejauh tiga kilometer dari jalan utama setelah mengikut petunjuk daripada aplikasi berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah, Nor Mazlan Mohd. Salleh berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 12.20 malam.

Katanya, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah kereta jenis Toyota Corona tersangkut dalam lumpur.

“Anggota segera menyelamatkan dua beranak itu dengan mengeluarkan kenderaan dinaiki mereka menggunakan webbing.

“Kedua-dua mereka dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat, dua beranak itu dalam perjalanan dari Chenderong Balai menuju ke arah Changkat Lada.

“Mangsa menggunakan aplikasi navigasi untuk perjalanan itu dan sesat ke dalam ladang sawit menyebabkan kereta dinaiki tersangkut dalam lumpur.

“Mangsa menghubungi talian 999 bagi memaklumkan kejadian menimpa mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya