Bangunan asrama UUM terbakar - Utusan Malaysia

Bangunan asrama UUM terbakar

BANGUNAN sebuah asrama di UUM, Sintok, Kubang Pasu terbakar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Hampir keseluruhan bangunan sebuah asrama di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok di sini musnah dalam satu kebakaran hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10.55 pagi dan tiba di lokasi pada pukul 11.08 pagi.

“Setibanya di lokasi, pegawai bertugas melaporkan kebakaran melibatkan sebuah asrama bangunan Kelas A,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kebakaran membabitkan bangunan tiga tingkat dengan peratusan kebakaran sebanyak 80 peratus di bangunan yang berkeluasan 12 meter x 37 meter persegi.

“Tindakan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)
Bukit Kayu Hitam memadam kebakaran dengan dua aliran tiga pancutan serta dibantu BBP Jitra dan pasukan bomba sukarela berdekatan,” katanya.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran dapat dikawal pada pukul 11.20 pagi.

“Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN