Nenek Zizan selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Nenek Zizan selamat dikebumikan

ZIZAN Razak bersama ibunya, Anai Ibrahim menyiram air ke pusara Allahyarham Zainoon Abdullah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Pasir, Dungun, Terengganu kira-kira pukul 5.30 petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Jenazah nenek kepada pelawak, Zizan Razak yang meninggal dunia di Hospital Dungun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Pasir di sini petang ini.

Zizan atau nama sebenarnya Muhammad Razizan Abdul Razak, 36, berkata, jenazah Allahyarham Zainoon Abdullah, 81, dikebumikan bersebelahan pusara datuknya, Ibrahim Ismail kira-kira pukul 5.30 petang.

Katanya, Allahyarham yang menderita radang hati sejak tiga bulan lalu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.57 pagi kerana gejala hipoglesimea, iaitu kekurangan gula dalam darah.

“Arwah wan (nenek) seorang yang kuat dan tidak suka cerita tentang sakitnya mungkin kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa.

“Doktor mengesyaki wan menghidap radang hati namun kerana usianya yang sudah tua kami sekeluarga tidak bersetuju dia menjalani rawatan kimoterapi sebaliknya dirawat secara homeopati,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

ALLAHYARHAM ZAINOON ABDULLAH

Zizan berkata, keadaan kesihatan arwah merosot sejak tiga minggu lalu apabila kurang selera makan hingga menyebabkan badannya susut.

Katanya, dia dan keluarga sempat berjumpa neneknya buat kali terakhir di Hospital Dungun awal pagi ini sebelum bergegas pulang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

“Pukul 2 pagi sebelum balik ke Kuala Lumpur saya sempat berjumpa wan dan beritahu saya nak balik sebab kerja. 

“Arwah cuba gagahkan diri buka mata dan itulah kali terakhir saya berjumpanya. Saya dapat tahu berita kematian wan dalam pukul 12 tengah hari daripada bapa saudara,” katanya yang cuma dapat bercakap melalui tingkap wad kerana prosedur operasi standard (SOP) hospital membabitkan pelawat dari zon merah. 

Zizan yang merupakan juri The Masked Singer turut terpaksa meninggalkan program akhir yang dijadualkan berlangsung malam ini.

Terdahulu, pelawak ini turut berkongsi berita duka pemergian neneknya di laman sosial Instagram dan meminta orang ramai mendoakan arwah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya