'Mengapa dia langgar ayah saya?' - Utusan Malaysia

‘Mengapa dia langgar ayah saya?’

FARRAH Faridah Baptist (kanan) bersama Nurul Asyiken Amir (tengah) dan Nur Amani Raudhah Mohd. Rizal ketika berkunjung dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan, Mohd. Rizal Suberi di rumah mereka di Bandar Tenggara, Kulai, Johor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: “Mak cik tahu tak ayah saya mati kena langgar dengan perempuan bawa kereta laju-laju? Saya nak jumpa dia dan tanya kenapa tidak brek dan langgar ayah saya.”

Demikian kata-kata anak sulung anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kanan Mohd. Rizal Suberi iaitu Nur Amani Raudhah Mohd. Rizal, 5, kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ihsan Johor, Farrah Faridah Baptist ketika mengunjungi keluarga itu di Kota Tinggi semalam.

Farrah Faridah memberita­hu, kunjungan yang dilakukan bertujuan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga mangsa di rumah mereka di Bandar Tenggara, Kulai, hari ini.

Berkongsikan pertemuan dengan isteri mangsa, Nurul Asyiken Amir, katanya, wanita itu dilihat kuat dan reda dengan pemergian suaminya, Mohd. Rizal yang meninggal dunia setelah kereta dipandunya dirempuh kereta Myvi dipandu Nur Fatin Nasrah Suhaimi, 23, dalam kejadian Sabtu lalu.

“Dia memberitahu, kadang-kadang dia menangis kerana tidak boleh nak sorok perasaannya. Tapi apabila anak sulung­nya berkata, mama janganlah rindu papa, nanti dia pun rindu, terus dia kuat semula.

“Mereka baru sahaja tinggal bersama-sama sejak awal tahun ini kerana suaminya jarang ada di rumah kerana bertugas. Cuma, kali ini terasa sedih kerana suaminya yang selalu pulang ke rumah selepas kerja tidak lagi pulang buat selamanya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Farrah Faridah dimaklumkan bahawa Mohd. Rizal sebelum ini pernah ditugaskan ke Lubnan selama setahun sebelum bertugas di Pengerang, Kota Tinggi dan juga terlibat sebagai petugas barisan hadapan dalam menjaga sekatan jalan raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Farrah Faridah turut diberi­tahu bahawa anggota tentera itu memang rapat dengan ayah mentuanya, malah, sentiasa berdua ketika pergi ke mana-mana.

“Pada hari kejadian, Nurul Asyiken tahu arwah hendak menghantar bapanya pergi ke mesyuarat, cuma, dia hairan kerana arwah berdiam diri sahaja, tidak bercakap apa-apa.

“Asyiken berkata, selalu sebelum keluar, suaminya akan peluk dan cium anak-anaknya terlebih dahulu, tapi kali ini dia tidak berbuat demikian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya