Mengantuk ketika memandu, anggota bomba maut kemalangan - Utusan Malaysia

Mengantuk ketika memandu, anggota bomba maut kemalangan

MOHD. Nor Faisal Ani meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 98.7 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Petani dekat Alor Setar malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Pulau Pinang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 98.7 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Petani di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Mohd. Nor Faisal Ani, 38, (gambar kecil) meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Sym Bonus dalam perjalanan dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara menghala Plaza Tol Gurun.

“Mangsa dipercayai mengantuk sebelum hilang kawalan sehingga menyebabkan motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu terjatuh ke kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, mangsa yang berasal dari Perlis mengalami kecederaan serius pada kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk dibedah siasat,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya