Mangsa ketiga kemalangan kereta langgar pokok kelapa sawit maut - Utusan Malaysia

Mangsa ketiga kemalangan kereta langgar pokok kelapa sawit maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Lelaki warga Bangladesh yang kritikal selepas terbabit dalam kemalangan di Batu 26, Jalan Tanjung Tualang di sini semalam, meninggal dunia awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki itu yang dikenali Belayet, 52, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada pukul 2.30 pagi.

“Pihak Trafik Batu Gajah dimaklumkan mangsa ketiga kemalangan semalam iaitu seorang lelaki Bangladesh telah meninggal dunia disebabkan kecederaan kritikal.

“Mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan itu meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.50 petang semalam, Belayet dan dua rakannya parah setelah kereta Perodua Kelisa yang dinaiki mereka hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok kelapa sawit.

Nahas itu menyebabkan pemandu, Tan Chee Chuan, 52, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Batu Gajah manakala Khor Han Chor, 46, yang duduk di bahagian penumpang hadapan pula maut di lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya