Warga emas disengat tebuan bersarang atas siling - Utusan Malaysia

Warga emas disengat tebuan bersarang atas siling

SEORANG anggota bomba menyembur racun serangga bagi menghapuskan tebuan yang bersarang di siling sebuah rumah di Kampung Mengkarak di Bera, Pahang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Seorang lelaki tidak menyangka rumah yang didiami bersama isteri dan seorang cucu berusia enam tahun turut dihuni tebuan yang membuat sarang di siling rumahnya.

Penghuni rumah itu, Lai Hong Chat, 62, berkata, dia hanya menyedari terdapat sarang tebuan dalam rumahnya selepas disengat serangga berbisa itu ketika cuba menutup lubang di siling rumahnya di Kampung Mengkarak di sini semalam.

“Saya ada ternampak tebuan masuk ke lubang di siling dan saya cuba menutup lubang berkenaan sebelum seekor tebuan menyengat kepala.

“Apabila rakan saya yang juga Ketua Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Mengkarak Ng Ah Heng datang dia memberitahu terdapat sarang tebuan di atas siling sebelum dia menghubungi bomba,” katanya di sini hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Triang, Muhammad Redzuan Rahimpudin berkata, bomba menggunakan racun serangga bagi membunuh serangga berbisa berkenaan yang berada di dalam siling rumah.

“Kita tidak dapat memasuki siling berkenaan kerana ruang yang sempit dan menggunakan semburan racun serangga untuk membunuhnya. 

“Kita menjangkakan sarang tebuan itu baru dibuat dan terdapat lebih 40 ekor tebuan terbang keluar dan jatuh ke lantai rumah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya