Wanita sesak nafas hidu wap Sodium Chlorite dibuang dalam longkang - Utusan Malaysia

Wanita sesak nafas hidu wap Sodium Chlorite dibuang dalam longkang

ANGGOTA Hazmat menjalankan kerja-kerja meneutralkan bahan kimia Sodium Chlorite yang dibuang ke dalam longkang di kawasan rumah murah Kampung Fikri, Kemaman, Terengganu semalam. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang wanita mengalami sesak nafas dan sakit kepala selepas terhidu wap Sodium Chlorite yang dibuang ke dalam longkang di rumahnya di Kampung Fikri di sini semalam. 

Kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu menyebabkan wanita berusia 30-an terbabit terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan dan dibenarkan pulang kerana tiada kesan sampingan. 

Bahan kimia itu dikatakan dibuang ke dalam longkang oleh rakan ayahnya yang datang ke rumah mereka untuk mengambil tong yang mengandungi Sodium Chlorite. 

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Azman Alias berkata, seramai 18 anggota dengan dibantu Pasukan Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kertih dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam. 

Katanya, ketika kejadian, mangsa yang kebetulan berada berhampiran garaj kereta terkejut dengan bunyi letupan sebelum terhidu wap beracun itu.

“Apabila bahan buangan yang tinggi tahap pH dibuang secara terbuka dan bercampur air (dalam longkang), ia akan bertindak balas seakan-akan letupan kecil dan mengeluarkan gas yang agak beracun. 

“Bomba melakukan operasi pencegahan pencemaran dengan menyekat bahan kimia di dalam longkang itu daripada mengalir ke kawasan kediaman lain di samping meneutralkan bahan kimia terbabit,” katanya kepada pemberita di sini semalam. 

Azman berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.05 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya