Seorang maut, lima cedera kereta terbabas masuk semak - Utusan Malaysia

Seorang maut, lima cedera kereta terbabas masuk semak

KERETA yang dipandu mangsa masuk ke dalam semak selepas terbabas di selekoh di Jalan Ulu Pauh-Padang Besar, Arau, Perlis hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan seterusnya terbabas di selekoh di Jalan Ulu Pauh-Padang Besar di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 1.30 petang itu, pemandu kereta jenis Perodua Alza, Zaihaimi Zulkifli, 49, meninggal dunia di tempat kejadian. 

ZAIHAIMI ZULKIFLI

Isteri mangsa, Zuraida Kamarudin, 44, serta anak-anak mereka Nur Husnina Amila, 19, Muhammad Afif, 6, Muhammad Akif, 6,  dan Nur Irdina, 14, dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Asisten Superintendan Mohd. Daniel Mohd. Razali berkata, siasatan awal mendapati kenderaan tersebut menghala dari arah Kangar menghala ke Felda Chuping.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian berhampiran Kompleks Sukan Unimap di jalan tersebut, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum terjatuh di kawasan semak di situ.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala yang cedera telah dibawa ke bilik rawatan HTF,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan punca kemalangan masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya