Nelayan gagal selamatkan mangsa terjun jambatan - Utusan Malaysia

Nelayan gagal selamatkan mangsa terjun jambatan

DUA nelayan membawa seorang lelaki disyaki terjun dari Jambatan Permas Jaya ke tebing sungai untuk mendapatkan bantuan susulan di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Usaha dua nelayan yang ingin menyelamatkan seorang lelaki disyaki terjun Jambatan Permas Jaya, dekat sini hari ini tidak kesampaian apabila mangsa terkorban dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, kejadian itu disedari apabila salah seorang nelayan ternampak mangsa terkapai-kapai meminta pertolongan.

“Dua nelayan yang berada berhampiran bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa. Mangsa berjaya dibawa naik dan ditarik ke dalam perahu lalu dibawa ke tebing sungai sebelah Kampung Bakar Batu bagi mendapatkan bantuan susulan. 

“Pihak Bomba Johor Bahru bersama anggota ambulans Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru yang sampai ke lokasi kejadian cuba memberi bantuan tetapi mangsa gagal diselamatkan. 

“Anggota ambulans sahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Terdahulu, Mohd. Padzli memaklumkan pusat kawalan polis daerah menerima panggilan pada pukul 10 pagi bahawa terdapat seorang lelaki berusia 26 tahun bertindak terjun jambatan ke dalam Sungai Plentong.

Katanya, siasatan pihak polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah. 

“Barang berharga mangsa tidak hilang dan berada dalam kereta yang berada di atas jambatan,” katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya