Mayat nelayan ditemui di bangsal ikan - Utusan Malaysia

Mayat nelayan ditemui di bangsal ikan

MAYAT Ramli Abdul Rahim yang hilang sejak tengah hari semalam ditemui terbaring di bawah bangsal ikan di Kuala Paka, Dungun, semalam. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Kehilangan seorang nelayan sejak tengah hari semalam terjawab apabila mayatnya ditemui terbaring di bawah bangsal ikan di Kuala Paka di sini kira-kira pukul 10.50 malam tadi. 

Mayat, Ramli Abdul Rahim, 44, dijumpai enam rakannya yang menjalankan pencarian selepas menyedari kehilangan lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharuddin Abdullah berkata, susulan penemuan itu salah seorang rakan mangsa segera menghubungi polis bagi memaklumkan tentang kejadian tersebut.

“Ketika ditemui rakannya, mangsa memakai tuala dan terbaring di bawah tempat duduk bangsal itu,” katanya di sini hari ini.

Baharuddin berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya