Lelaki maut terhempas bumbung lif - Utusan Malaysia

Lelaki maut terhempas bumbung lif

LIF di flat Sri Sabah perlu sentiasa diselenggara dengan baik bagi mengelak kejadian sama berulang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bunyi dentuman kuat mengejutkan penghuni di Flat Sri Sabah, Cheras hari ini apabila seorang lelaki ditemukan maut selepas terjatuh di atas bumbung lif di bangunan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu, lelaki berusia 50 tahun tersebut ditemukan dalam keadaan tertiarap di atas bumbung lif berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, siasatan awal mendapati lif di flat setinggi 17 tingkat berkenaan berfungsi dengan baik sebelum kejadian berlaku.

Ujarnya, lif berkenaan kemudiannya dikatakan rosak sebelum penduduk di flat tersebut membuat aduan kepada syarikat penyelenggara.

“Kerosakan itu dipercayai berlaku susulan bunyi dentuman kuat sebelum pekerja syarikat penyelenggara menemukan seorang lelaki dalam keadaan tertiarap di atas bumbung lif itu.

“Keterangan beberapa saksi akan diambil berhubung kejadian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya