Ketua Polis NS kemalangan, kini stabil - Utusan Malaysia

Ketua Polis NS kemalangan, kini stabil

MOHAMAD MAT YUSOP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, 57, yang terbabit dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Bentong, Pahang, petang semalam, kini dalam keadaan stabil.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, Mohamad terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 1.40 petang dan patah di bahu kiri.

Menurutnya, ketika kejadian Mohamad dan dua lagi pegawai polis di Negeri Sembilan menunggang motosikal masing-masing.

“Walau bagaimanapun beliau yang sedang menunggang motosikalnya telah terjatuh secara sendiri.

“Selepas kemalangan, beliau telah dirawat di Hospital Bentong tetapi telah dipindahkan ke Hospital KPJ Seremban untuk jalani rawatan lanjut kira-kira pukul 8 malam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zakaria berkata, Mohammad kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Bentong sebagai pesakit luar.

Difahamkan, Mohammad dalam perjalanan dari Bentong ke Seremban dan setibanya di Kilometer 41.2 motosikalnya telah tergelincir di jalan dan terjatuh.

Sumber berkata, kemalangan berkenaan tidak melibatkan kenderaan lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya