Dua maut motosikal Lagenda bertembung Yamaha 125 - Utusan Malaysia

Dua maut motosikal Lagenda bertembung Yamaha 125

KEADAAN motosikal yang bertembung dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Chini-Kuantan dekat Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Dua remaja lelaki maut setelah motosikal jenis Yamaha Lagenda dan Yamaha 125 ditunggang mereka bertembung dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Chini-Kuantan di sini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam semalam itu, Muhammad Firdaus Mohd. Yusof, 18, yang menunggang seorang diri Yamaha Lagenda dan Zakwan Muhammad, 24, (penunggang Yamaha 125) meninggal dunia di tempat kejadian.

Pembonceng Yamaha 125, Shafinaz Mohamad, 30, patah kaki kanan dan tangan kiri dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. 

Akibat pertembungan itu juga turut menyebabkan kemalangan membabitkan dua motosikal lain itu jenis Honda Wave dan Honda EX5.

Penunggang Honda Wave, Muhammad Hakimi Hashim, 16, cedera ringan manakala penunggang Honda EX5, Muhammad Mahfuz Mazlan, 16, cedera pada bahagian kepala dan dirawat di HTAA. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Razli Mohd. Yusof berkata, siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila motosikal Yamaha Lagenda, Honda Wave dan Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Felda Chini Timur menghala ke Felda Chini manakala Yamaha 125 dalam perjalanan dari Felda Chini menghala balik ke Felda Chini Timur.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, motosikal Yamaha Lagenda masuk ke laluan bertentangan untuk memotong Honda EX5 lalu tetapi bertembung dengan Yamaha 125 yang datang dari arah hadapan.

“Motosikal Honda Wave yang berada di belakang Yamaha Lagenda tidak sempat mengelak lalu terlanggar Yamaha Lagenda. Motosikal Honda EX5 pula terbabas selepas cuba mengelak Yamaha Lagenda dan Honda Wave,” katanya di sini hari ini. 

Mohd. Razli berkata, kesemua mangsa dari Felda Chini dan Felda Chini Timur di sini. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya