Seorang maut, dua parah - Utusan Malaysia

Seorang maut, dua parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Prima Saujana berhampiran Jambatan Saujana Impian arah Semenyih dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.41 pagi itu, mangsa dikenal pasti sebagai Yap Khiam Heung berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kemalangan berlaku apabila kereta Persona dipandu lelaki berusia 18 tahun yang dalam perjalanan dari Semenyih menghala ke ibu negara hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan kenderaan tersebut merempuh sebuah kereta Perodua Kancil dipandu Khiam Heung dan sebuah motosikal Yamaha Y15 ditunggang lelaki berusia 28 tahun.

“Pemandu Proton Persona dan penunggang motosikal itu yang dilaporkan cedera parah dikejarkan Hospital Kajang untuk menerima rawatan.

“Mayat Khiam Heung pula ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohd Zaid berkata, kenderaan terbabit dalam kemalangan itu kini berada di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membolehkan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menjalankan pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya