PKPD belum dilaksanakan di Tawar - Utusan Malaysia

PKPD belum dilaksanakan di Tawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan  (PKPD) secara pentadbiran setakat ini belum dilaksanakan di Tawar, Baling yang dilanda penularan Covid-19 sejak semalam.

Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini berkata, sebarang keputusan mengenai perkara itu hanya akan dibuat menerusi mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) pada Ahad ini.

“Bagaimanapun Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKKD) Baling telah diarahkan untuk mengadakan mesyuarat di peringkat daerah dan segera mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah,” kata kenyataan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini memberitahu, kes baharu Covid-19 meningkat kepada 20 kes termasuk 11 kes daripada Kluster Tawar di Baling dan satu lagi kluster baharu dikesan, Kluster Muda, juga di Kedah.

“Daripada 11 kes baharu daripada Kluster Tawar hari ini, lima kes adalah petugas hospital dan seorang lagi pesakit yang pernah ditempatkan sebilik bersama kes pertama kluster ini, selebihnya ahli keluarga dan majikan,” kata beliau.

Kenyataan itu menambah, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor juga  mengingatkan orang ramai untuk tidak mengadakan sebarang keramaian atau perhimpunan di kawasan yang ada kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN