Pekerja syarikat pembersihan maut digilis treler - Utusan Malaysia

Pekerja syarikat pembersihan maut digilis treler

AZEREN Maseri maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan. - FOTO/NUR ANATI JUHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang pekerja syarikat pembersihan maut selepas digilis sebuah treler ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sini hari ini.

Dalam kejadian di Jalan Pokok Sena di sini kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Azeren Maseri, 37, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.33 pagi semalam.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita mendapati seorang mangsa bersama motosikal berada di bawah sebuah treler,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pokok Sena mengeluarkan mangsa di bawah treler berkenaan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini,” katanya.

Sementara itu, adik mangsa, Nushitah Maseri, 35, berkata, dia menerima panggilan berhubung kejadian daripada isteri mangsa dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, abang telah dibawa ke hospital, jadi saya terus ke sini,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB di sini.

Katanya, arwah abang seorang yang sangat baik dan tidak pernah berkira untuk membantu adik beradik lain walaupun terpaksa menanggung isteri dan dua anaknya.

“Kehilangan abang memberi kesan kepada kami sekeluarga dan kali terakhir saya nampak arwah bergurau dengan dua anaknya sebelum keluar bekerja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya