Keseronokan tujuh rakan mandi-manda bertukar tragedi - Utusan Malaysia

Keseronokan tujuh rakan mandi-manda bertukar tragedi

NABILAH Aisyah Sallehodin mati lemas di kawasan air terjun Taka Pekoi, Bekok, Labis. - IHSAN BOMBA JOHOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Keseronokan tujuh rakan mandi-manda di kawasan air terjun Taka Pekoi di Bekok, Labis di sini hari ini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati lemas.

Dalam kejadian pada pukul 11.33 pagi itu, mangsa, Nabilah Aisyah Sallehodin, 22, ditemui meninggal dunia oleh orang awam yang berada di kawasan berkenaan.

Difahamkan, mangsa bersama rakannya tiba ke kawasan rekreasi itu pada pukul 8.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Mohd. Farizan Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum sebuah jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian.

“Dalam perjalanan, jentera bomba berselisih dengan kenderaan awam yang membawa mangsa ke Klinik Kesihatan di Labis sebelum bomba memberi bantuan awal.

“Pasukan perubatan cuba menyelamatkan mangsa sebelum mengesahkan remaja itu meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Farizan berkata, mayat mangsa di bawa ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat dan punca kejadian masih belum diketahui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih sedang dijalankan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya