Lelaki terselamat kereta jatuh ke laut - Utusan Malaysia

Lelaki terselamat kereta jatuh ke laut

kereta jatuh ke laut
ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang terjatuh ke laut bersama kereta Kia dipandunya di Pantai Lido, Jalan Skudai, Johor Bahru, semalam. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  ‘Berpantang maut sebelum ajal.’

Itulah nasib dialami seorang lelaki berusia 40 tahun apabila dia terselamat selepas kereta dipandunya terjunam ke laut Pantai Lido, Jalan Skudai, di sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor memaklumkan, mangsa, Wan Toh Ling, yang memandu kereta Kia dikatakan hilang kawalan sebelum kenderaannya jatuh ke dalam laut.

“Namun mangsa berjaya keluar sendiri dari kereta dan berpaut kepada sebatang besi tepi laut sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

“Bomba yang tiba sejurus itu kemudian menyelamatkan mangsa dengan teknik rappeling untuk menaikkan lelaki itu ke darat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, mangsa yang berjaya diselamatkan itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, sebanyak 14 anggota dengan kekuatan 4 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin telah dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.18 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya