PRK Ayer Kuning: PN perlu raih undi 60 peratus penyokong UMNO

PRK Ayer Kuning: PN perlu raih undi 60 peratus penyokong UMNO

PN Ayer Kuning
NURUL Syazwani Noh menyantuni ADUN Ijok, Jefri Mejan, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan tetamu lain yang hadir majlis Rumah Terbuka Terbuka Aidilfitri DUN Permatang di Kuala Selangor, Selangor, semalam. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Perikatan Nasional (PN) perlu menarik undi sekurang-kurangnya 60 peratus daripada penyokong UMNO bagi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Ketua Penerangan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Nurul Syazwani Noh berkata, gerak kerja pihaknya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu kini fokus untuk mendekati golongan berkenaan.

Menurutnya, analisis keputusan pilihan raya sebelum ini menunjukkan PN tidak boleh terlalu bergantung dengan pengundi muda.

“Undi penyokong UMNO perlu menjadi kerana mereka adalah penentu utama kemenangan kita.

“Biarpun tumpuan turut kepada pengundi muda, peningkatan pendaftaran kira-kira 12 peratus mereka belum cukup signifikan memberi kelebihan kepada PN,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Terbuka Aidilfitri DUN Permatang, semalam.

Jelas Nurul Syazwani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, pihaknya membuat persiapan menerusi beberapa siri turun padang dan program bersama Srikandi Perak serta Tapah.

“Kami akan terus menggandakan usaha menerusi pendekatan lebih menyeluruh termasuk program mendekati semua lapisan pengundi. Walaupun laluan ini tidak mudah, kami optimis peluang kemenangan jika strategi dan perpaduan diperkukuhkan,” ujarnya.

Tambah beliau, pengundi yang menetap di luar Ayer Kuning diharap pulang menunaikan tanggungjawab mengundi bagi menentukan masa depan DUN tersebut.

Kelmarin, PRK DUN Ayer Kuning sah menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon daripada tiga parti bagi merebut kerusi itu pada 26 April depan.

Pengerusi PN Tapah, Abd Muhaimin Malek, 44, berdepan saingan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah dan Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya