Pemilihan PKR: Perpaduan kaum faktor Azmizam menang

Pemilihan PKR: Perpaduan kaum faktor Azmizam menang

Perpaduan kaum
AZMIZAM Zaman Huri (tengah) bersama barisan kepemimpinannya pada program itu di Klang, Selangor malam tadi. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Perpaduan kaum dalam barisan kepimpinan menjadi faktor utama kemenangan Azmizam Zaman Huri kekal dipilih sebagai Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Klang.

Pasukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu turut memenangi semua jawatan yang dipertandingkan pada pemilihan parti itu semalam.

Azmizam berkata, barisan pimpinan termasuk sayap cabang itu seimbang dengan masing-masing lebih 30 peratus calon kaum Melayu, Cina dan India.

“Kejayaan kekal memenangi pemilihan kali ini kerana faktor perpaduan dan keharmonian kaum dalam kepimpinan sedia ada.

“Selain itu, kita mempunyai rekod baik dalam menyantuni rakyat dan sentiasa turun padang tanpa mengira bangsa sejak penggal lalu,” katanya pada majlis meraikan pasukan itu, malam tadi.

Azmizam memperoleh 1,774 undi mengatasi pencabarnya, ADUN Chuah (Negeri Sembilan), Yew Boon Lye yang meraih 553 undi.

Jawatan Ketua Wanita cabang itu pula dimenangi Nor Mala Jantan dengan 830 undi manakala Mohamad Shahrul Adnan dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dengan 411 undi.

Menurut Azmizam, pasukannya itu terdiri daripada lebih 90 peratus muka lama dan hanya sedikit muka baharu sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK).

“Keadaan itu menunjukkan bahawa kami kekal serasi dan mempunyai persefahaman yang kukuh biarpun berbeza kaum dan agama.

“Persepakatan itu diamalkan pimpinan sejak penggal 2022 dan diharap berterusan sehingga penggal akan datang,” ujarnya.

Tambah beliau, visinya kini mahu terus memfokuskan isu masalah rakyat setempat terutama di Pelabuhan Klang dan menghadapi pilihan raya akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya