Pemilihan PKR: Saifuddin masih berteka-teki - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR: Saifuddin masih berteka-teki

Pemilihan PKR
SAIFUDDIN Nasution Ismail ditemui pemberita selepas meninjau sebuah kilang haram memproses sisa elektronik termasuk 50 tan peluru dan kelongsong dekat Telok Panglima Garang di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail belum membuat keputusan untuk bertanding dalam pemilihan PKR pada Mei depan.

Menurut beliau, keputusan sama ada mahu bertanding atau sebaliknya masih belum dibuat.

“Belum lagi setakat ini (bertanding pemilihan PKR. Jika ada nanti, saya akan membuat satu sidang media khas,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Untuk rekod, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri pernah bertanding jawatan nombor dua PKR pada pemilihan 2022 namun tewas kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin dilapor memaklumkan parti itu mungkin tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan akan datang.

Cadangan itu berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman yang diadakan sebelum ini.

Namun, beberapa pemimpin PKR menyuarakan berpandangan dua jawatan utama itu harus dipertandingkan bagi menghidupkan demokrasi dalam parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya