Parti Sosialis Malaysia bertanding di PRK Ayer Kuning

Parti Sosialis Malaysia bertanding di PRK Ayer Kuning

ayer kuning
Arutchelvan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Jawatankuasa Pusat Parti Sosiais Malaysia (PSM) yang bersidang pada 21 Mac lalu menyokong keputusan PSM Negeri Perak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini.
Timbalan Pengerusi PSM, S. Arutchelvan berkata, meletakkan calon alternatif yang ketiga dalam pertarungan antara dua gabungan gergasi sememangnya satu keputusan yang sukar, kerana sistem pengundian first-past-the-post akan memberikan kelebihan kepada dua buah parti utama yang bertanding.
Katanya, mengambil kira kekangan ini, PSM telah membuat keputusan berani untuk bertanding berdasarkan faktor DUN Ayer Kuning adalah kawasan yang pernah ditandingi oleh PSM dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, dan merupakan salah sebuah kawasan di mana parti telah melakukan kerja-kerja akar umbi. Penyertaan PSM dalam PRK boleh menjadi kayu pengukur sejauh mana sokongan rakyat kepada PSM, sama ada bertambah atau berkurang.
“Meletakkan calon dalam PRK akan memberikan rakyat untuk membuat pilihan alternatif selain daripada terpaksa memilih antara dua pilihan utama kini, iaitu UMNO-BN dan Pas-PN. Ramai yang berpandangan bahawa ini adalah pemilihan antara lesser of the two evils (memilih parti yang kurang mudarat). Penampilan PSM memberikan peluang kepada pengundi untuk memilih parti berdasarkan merit dan prinsip.
“Pertandingan antara UMNO-BN dan Pas-PN berkemungkinan besar akan menjurus kepada sentimen kaum semata-mata, selaras dengan strategi kedua-dua parti ini mendapat sokongan dengan tidak mengendahkan keharmonian suatu masyarakat majmuk. Justeru, PSM adalah alternatif untuk semua yang berjiwa marhaen, iaitu satu intipati penting untuk rakyat memilih jalan ketiga.
“Penglibatan PSM dalam PRK ini adalah penting untuk membawa naratif kelas dan bukan naratif kaum dalam minda rakyat. PSM sudah tentunya mengetengahkan isu-isu rakyat sebenar yang jauh lebih penting, seperti isu kos hidup, isu perkhidmatan kesihatan, isu pekerja dan petani, isu alam sekitar, masalah yang dihadapi oleh masyarakat orang asli dan rakyat biasa.
“DUN Negeri Perak memerlukan suara dan jurucakap baharu untuk mengetengahkan isu-isu serius yang melanda negeri Perak, seperti masalah alam sekitar, pemusnahan hutan, pengurusan banjir, dasar perumahan dan hak sektor masyarakat terpinggir, dalam naratif perdebatan dalam DUN.
“Selaras dengan ini, PSM akan mengumumkan calon pilihan raya dan melancarkan Bilik Gerakan utama untuk PRK Ayer Kuning, pada 8 April 2025 di Pekan Air Kuning. PSM juga akan mendapatkan pandangan dan sokongan daripada parti-parti alternatif seperti Parti Muda, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan parti-parti lain yang beraspirasi sama,” katanya. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya