'Orang Selangor kena tukar alamat, undi di negeri ini'

‘Orang Selangor kena tukar alamat, undi di negeri ini’

Undi
AB. HALIM TAMURI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Orang Selangor kena undi di negeri ini kerana fokus kita untuk menang kelak.”

Demikian kata Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri yang mahu rakyat di Selangor mengundi di negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau menegaskan, pengundi yang berdaftar di negeri lain namun menetap di Selangor perlu segera menukar alamat undi bagi memperkukuhkan peluang Perikatan Nasional (PN) memenangi pilihan raya.

“Mereka diminta segera mengemas kini alamat mengikut tempat tinggal semasa dengan membawa bil TNB (Tenaga Nasional Berhad) atau Air Selangor sebagai bukti.

“Kawasan seperti Shah Alam, Sungai Buloh, Bangi, Semenyih dan Sepang amat kritikal untuk kita menang,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Menurut Ab. Halim, beliau yakin langkah itu dapat meningkatkan jumlah pengundi PN di Selangor terutama di kawasan majoriti kaum Melayu dan luar bandar.

“Jika pengundi ramai mengundi, Insha-Allah kita mampu mengambil alih kerajaan negeri nanti. Kita mahu memastikan hak semua rakyat sentiasa terjamin dan terus dibela,” ujarnya.

Tambah beliau, Pas turut memperkenalkan slogan ‘Ke arah Selangor yang lebih baik’ bagi menarik sokongan pengundi selain menampilkan pemimpin profesional yang berkaliber.

“Kita ada pakar ekonomi, ahli undang-undang dan tenaga muda yang komited untuk mentadbir Selangor dengan lebih progresif,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN