Napsiah tawar diri rebut jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR

Napsiah tawar diri rebut jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR

Wanita PKR
NAPSIAH KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bidadari, Napsiah Khamis @ Maharan menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR dalam pemilihan parti Mei depan.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) membuat keputusan itu dengan mengambil semangat perjuangan para pemimpin wanita terdahulu.

Napsiah berkata, dia mendapat inspirasi meneruskan agenda memperkasakan wanita menerusi dokumen bersejarah pengisytiharan Hari Wanita Persekutuan Tanah Melayu bertarikh 26 Ogos 1962.

“Pengisytiharan itu mengandungi pernyataan semangat dan iltizam kaum wanita ketika itu untuk mencurah bakti dan kesetiaan kepada negara.

“Menerusi dokumen ditandatangani Datin Fatimah Hashim dan F.R. Bhupalan itu,
ia antaranya berbunyi wanita akan berusaha ke arah persamaan dan keadilan penuh dalam lapangan siasah (politik) , iktisad (ekonomi) dan masyarakat,” katanya, hari ini.

Jelas beliau, dia sejak kecil diasuh supaya kerja bersungguh-sungguh bagi menyumbang kepada masyarakat dan negara ini.

“Asuhan itu menjadi pendorong menguatkan semangat untuk menyumbang bakti dan ia boleh dilihat menerusi pelbagai aktiviti saya selama ini

“Saya mahu mengangkat martabat wanita yang merupakan kesinambungan perjuangan pemimpin sebelum ketika era kemerdekaan. Mengambil semangat itu dan restu keluarga, saya menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Ketua Wanita pada pemilihan kali ini,” ujarnya.

Tambah Napsiah, dia yakin dapat memberi pilihan kepada ahli sayap wanita PKR biarpun menyedari cabaran besar menantinya.

“Saya berazam memberi sumbangan kepada perjuangan parti yang juga mampu mengangkat wanita ke tahap lebih baik dan bermaruah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya