Kalau ikhlas ketepikan ego, bukan suruh bubar - Nurul

Kalau ikhlas ketepikan ego, bukan suruh bubar – Nurul

UMNO Melayu
NURUL SYAZWANI NOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: UMNO bukan satu-satunya parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu.

Ketua Penerangan Srikandi Parti Bersatu Malaysia (Bersatu), Nuru Syazwani Noh berkata, tindakan menganggap UMNO sebagai satu-satunya parti sedemikian ibarat terperangkap dalam mentaliti lama.

“Bercakap tentang soal keikhlasan dalam perjuangan Melayu, tetapi nampaknya masih terperangkap dalam mentaliti lama – mahukan semua kembali ke pangkuan UMNO seolah-olah itu satu-satunya jalan untuk perjuangan bangsa.

“Kalau benar ikhlas, bukan hanya Bersatu yang perlu akui kesilapan, tetapi semua pemimpin Melayu perlu berbesar hati, ketepikan ego dan berhenti mengungkit serta menyalahkan sesama sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dalam kenyataannya mendakwa Bersatu perlu membubarkan partinya dan kembali kepada UMNO jika ikhlas memperjuangkan Melayu.

Menurutnya, Bersatu hanya melemahkan kuasa politik orang Melayu dengan menjadi sebuah parti serpihan yang tidak mempunyai hala tuju jelas.

Bagaimanapun, Nurul Syazwani menempelak kenyataan tersebut dan mendakwa ia sebagai retorik basi yang akhirnya membawa kepada perpecahan.

“Apa yang lebih penting adalah mencari titik persamaan untuk memperjuangkan masa depan bangsa dan generasi akan datang, bukan terus terperangkap dalam dendam politik sempit!

“Berjuang bukan kerana parti, tetapi kerana rakyat! Jika benar mahu membela bangsa, buktikan dengan tindakan, bukan sekadar menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahan sendiri!” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya