Gobind jadi Pengerusi Kebangsaan ganti Guan Eng

Gobind jadi Pengerusi Kebangsaan ganti Guan Eng

Pengerusi Kebangsaan
BARISAN kepimpinan CEC DAP 2025-2028 berjabat tangan selepas mesyuarat pertamanya pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-18 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, tidak lagi bersama dalam pentadbiran parti selepas beliau dilantik sebagai Penasihat Kebangsaan yang baharu menggantikan bapanya, Tan Sri Lim Kit Siang dalam pemilihan pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-18, hari ini.

Beliau dilantik selepas kesemua 30 yang terpilih dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bermesyuarat selama kira-kira 30 minit untuk menentukan keanggotaannya yang baharu.

Menggantikan tempat beliau adalah Menteri Digital, Gobind Singh Deo yang turut mengekalkan status pemilik undi tertinggi seperti pada pemilihan sebelum ini.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pula melangkah satu tangga ke atas iaitu dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Kebangsaan daripada Naib Pengerusi Kebangsaan sebelum ini.

Barisan Naib Pengerusi Kebangsaan baharu pula adalah Ching Chieng Jem; Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Cheng; Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim; Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam Negeri Sembilan, J Arul Kumar.

Anthony akan dibantu oleh tiga Timbalan iaitu Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh Tseow Suan dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.

Anthony Loke dalam ucapan ringkasnya dalam sidang akhbar berkata, pemilihan dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dibuat secara sebulat suara.

“Ia berlaku tanpa ada sebarang persaingan dalam apa-apa jawatan,” katanya, di sini.

Beliau berkata, sebarang lantikan baharu ke dalam CEC akan dilaksanakan dalam mesyuarat yang akan datang.

“Dalam perlembagaan parti, kita boleh (lantik) tetapi kita bercadang tidak mengadakan apa-apa (lantikan),” katanya.

Gobind Singh ketika ditemui memberitahu mesyuarat pertama CEC 2025-2028 berjalan lancar dan perbincangannya adalah untuk memastikan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu bergerak ke depan untuk mengukuhkan kedudukan serta kestabilan kerajaan.

Beliau menyeru kesemua anggota pada mesyuarat tersebut supaya komited dan bekerjasama bagi memastikan kestabilan parti.

“Saya sudah pun menyatakan kepada seluruh pasukan baharu CEC, kita harus melihat ke depan bagaimana kita memastikan dapat bekerjasama untuk memperkukuhkan lagi parti dan untuk mencorak masa depan lebih baik untuk DAP. Mesyuarat berjalan lancar, tiada masalah sama sekali,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Kongres Kebangsaan DAP Ke-18, hari ini.

Tambah Menteri Digital itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh perwakilan dan bekas Pengerusi Kebangsaan, Lim Guan Eng yang sebelum ini sudah pun menentukan hala tuju parti dan memberikan tugas untuk dilaksanakan.

“Kepada semua yang hadir dan ahli-ahli baharu dalam CEC, saya ucapkan terima kasih atas sokongan, memang kita sekarang menerajui kerajaan peringkat persekutuan dan beberapa negeri. Banyak kerja yang kita perlu laksanakan untuk memastikan kita mengukuhkan lagi dan itu akan menjadi tumpuan dan fokus saya bergerak ke depan.

“Sekarang marilah kita melaksanakan tugas dan bekerja keras dan memastikan kita boleh melaksanakan apa yang dikehendaki oleh rakyat dan untuk mengukuhkan lagi pendirian dan juga kedudukan parti politik kita,” ujarnya. – UTUSAN

 

Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP 2025-2028

Penasihat Parti: Lim Guan Eng

Pengerusi Kebangsaan: Gobind Singh Deo

Timbalan Pengerusi Kebangsaan: Nga Kor Ming

Naib Pengerusi Kebangsaan:
Chong Chieng Jen
Teo Nie Ching
Ng Suee Lim
Syahredzan Johan
Arul Kumar Jambunathan

Setiausaha Agung: Loke Siew Fook

Timbalan Setiausaha Agung:
Sim Chee Keong
Yeoh Tseow Suan
Ramkarpal Singh Karpal Singh

Bendahari Kebangsaan: Ngeh Koo Ham

Penolong Bendahari Kebangsaan: Ng Sze Han

Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Koo Poay Tiong

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan:
Lee Chin Chen
Tan Hong Pin

Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Yeo Bee Yin

Penolong Setiausaha Publisiti:
Young Syefura Othman
Wong Shu Qi

Setiausaha Antarabangsa: Kasthuriraani Patto

Penolong Setiausaha Antarabangsa: Alice Lau Kiong Yieng

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Lee Chuan How

Penolong Pengarah Pendidikan Politik: Vivian Wong Shir Yee

Pengarah Strategik: Liew Chin Tong

Pengarah Dasar: Chan Foong Hin

Pengarah Pilihanraya: Wong Kah Woh

Ahli Jawatankuasa:
Teo Kok Seong
Chow Kon Yeow

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya