DAP rakan setia, hanya ‘yes man’ kepada rakyat

DAP rakan setia, hanya ‘yes man’ kepada rakyat

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Parti DAP akui menjadi rakan yang setia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH), namun hanya akan tunduk atau bersikap ‘yes man’ kepada pengundi dan rakyat Malaysia.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, kerajaan perlu menyegerakan reformasi institusi dan ekonomi disegerakan pada tahun ini untuk membalas budi pengundi-pengundi yang mempercayai PH.

“DAP rasa bangga kita boleh bantu Anwar menjadi Perdana Menteri dan kita akan terus memberi sokongan sedemikian.

“Bagaimanapun, biar saya tekankan, DAP bukan parti yes man, kami cuma yes man kepada pengundi dan rakyat Malaysia. Kita ingin memuji reformasi institusi dan politik yang dilaksanakan oleh Anwar dan Kerajaan Perpaduan tahun ini.

“Kita harap bahawa reformasi ekonomi boleh diambil kira dan juga disegerakan tahun ini supaya kita dapat membalas budi kepada pengundi-pengundi yang mempercayai PH akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk anak-anak kita,” katanya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-18, hari ini.

Seramai 4,203 kehadiran perwakilan dilaporkan dan akan menentukan kepemimpinan baharu parti pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bagi sesi 2025 – 2028.

Selain itu, Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan menggesa kerajaan memberikan bantuan kepada perniagaan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terkesan dengan dasar tarif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Menurutnya, dasar tersebut menjejaskan ekonomi negara terutama peniaga atau pengusaha yang terlibat dalam sektor PMKS.

“Dasar tarif Donald Trump akan memberikan kesan negatif malah mencederakan ekonomi Malaysia dan perniagaan khususnya PMKS.

“Kita harap, bantuan tambahan kewangan dapat diberikan kepada perniagaan yang terjejas oleh kerana dasar tarif Donald Trump dan juga kalau boleh menangguhkan atau memperlahankan dasar-dasar kewangan yang akan menambah beban kewangan kepada perniagaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya