Amirudin akan pertahan jawatan Naib Presiden PKR

Amirudin akan pertahan jawatan Naib Presiden PKR

Naib Presiden
AMIRUDIN Shari berucap pada Majlis Perasmian Perdana MATC 2025 Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MUHAMMAD SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memutuskan untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Mei ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat untuk memastikan parti mengambil langkah pengukuhan dan perpaduan bagi meneruskan sokongan terhadap Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Kita jangan api-api sama sini, kata ini itu peluang, jadi jelaslah, insya Allah saya akan memikir, saya yakin perdana menteri harus dapat sokongan terus daripada saudara Rafizi (Datuk Seri Rafizi Rami) sebagai Timbalan Presiden dan saya akan terus berdiri sebagai Naib Presiden.

“Hari ini saya hendak maklumkan, kita harus bekerjasama dengan semua pihak, jadi siapa hendak lawan bertanding, bertandinglah tetapi jaga batas, sikap dan bahasa, ingat dni bulan Ramadan.

“Sebab itu saya harap, dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) nanti, kita parti yang memerintah, kita juga bersama-sama mentadbir di Putrajaya, fikirkan isu rakyat, kemukakan cadangan di peringkat parti, kongres kita akan memberikan hala tuju besar kepada negara,” katanya ketika berucap pad Majlis Perasmian Perdana MATC 2025 Selangor, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor dilapor akan mengumumkan sama ada mempertahan kedudukan sebagai Naib Presiden atau bertanding jawatan Timbalan Presiden, selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.

Menurutnya, majoriti penyokong memintanya bertanding jawatan lebih tinggi iaitu sebagai Timbalan Presiden.

Selain itu, Amirudin mengulangi pendirian untuk kekal bersama parti walaupun isu beliau dikatakan akan melompat parti wujud sejak 2007 ketika Datuk Ezam Mohd. Nor meninggalkan parti.

“Saya difitnah katanya hendak keluar parti sjeak ezham nor keluar parti pada tahun 2007, ni dah hampir 2027, saya kekal dalam PKR.

“Masa zaman Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim pun sama cerita, apatah lagi ketika Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali). Saya tak tahu siapa fitnah, kita boleh move on, kita maju ke depan dan terus alhamdulillah itu menyebabkan saya ekal dan istiqamah dengan Keadilan,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya