ADUN Ayer Kuning, Hisham Shahruddin meninggal dunia - Utusan Malaysia

ADUN Ayer Kuning, Hisham Shahruddin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Isham Shahruddin dilaporkan rebah tidak sedarkan diri selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang kira-kira jam 6.00 petang tadi.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Allahyarham dikatakan rebah selepas bermain dalam pertandingan bola sepak persahabatan dengan bekas pemain empat negeri, Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis.

Beliau yang sebelum ini merupakan bekas pemain bola sepak negeri Perak sewaktu era 90-an sempat diberikan rawatan awal di lokasi kejadian.

Namun difahamkan wakil rakyat berusia 59 tahun itu menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rozlita Abdullah dan empat orang anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN