AWAN terima usul wujudkan RUU pekerjaan pesalah seksual

Wanita Amanah terima usul wujudkan RUU pekerjaan pesalah seksual

Pesalah seksual
AIMAN Athirah Sabu ditemui pemberita pada sidang akhbar selepas perasmian Konvensyen AWAN 2024, di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (Amanah) (AWAN) mencadangkan kepada kerajaan supaya pesalah seksual tidak lagi memasuki pekerjaan yang melibatkan golongan rentan.

Ketuanya, Datuk Aiman Athirah berkata, cadangan tersebut adalah sebahagian daripada tiga usul yang dibahaskan dalam Konvensyen AWAN 2024 iaitu mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Bagi Mengawal Pesalah Laku Seks Daripada Terlibat Dengan Pekerjaan dan Aktiviti Golongan Rentan.

Menurutnya, usul tersebut dipilih daripada 13 yang dikemukakan kepada jawatankuasa konvensyen selepas mengikuti perkembangan semasa terutama yang berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

“Saya kira, naratif awal adalah berkait dengan isu yang berkaitan dengan GISBH yang terkait dengan kanak-kanak yang mana ada melakukan kesalahan-kesalahan seksual tetapi berselindung di sebalik organisasi-organisasi tertentu.

“Kadang kala pernah melakukan kesalahan berkaitan dengan seks tetapi tidak di rekod atau diuar-uarkan kepada yang lain,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen AWAN 2024, hari ini.

Katanya, lebih 600 perwakilan menghadiri konvensyen tersebut yang menerima 12 daripada 13 dikemukakan. Dua usul diterima tanpa dibahas, tiga dibahas dan tujuh lagi diterima sebagai cadangan.

Selain itu, Aiman yang juta Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memaklumkan, beliau menggariskan lima teras dalam pidatonya iaitu tingkah laku sopan dan beradab bangsa, wanita pemberani, santunan kasih perempuan Madani, melestari kasih komuniti dan alam sekitar serta cita-cita perjuangan.

“AWAN Nasional memberi penekanan khusus kepada agenda Pasak Perjuangan Bernegara, memberi fokus yang serius dalam melahirkan wanita-wanita pemberani, dan menggerakkan secara agresif program Akademi Kepimpinan Wanita Amanah (AKWA) ke seluruh negara.

“Selain itu, AWAN Nasional juga menegaskan agar ahli AWAN menghayati dan menjunjung falsafah politik muakhah serta menghormati pendemokrasian politik serta memperingat jentera untuk bersiap siaga berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan membuat persiapan awal mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya