Perluaskan Rundingan Pelaksanaan Sijil Halal - Utusan Malaysia

Perluaskan Rundingan Pelaksanaan Sijil Halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: GERAKAN memohon Kerajaan Negeri mempertimbangkan kaedah pelaksanaan isu pemperolehan sijil halal di Kelantan. Dalam perjumpaan Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wendy Subramaniam dengan Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, YB Mohd Asri Mat Daud di pejabatnya pagi tadi, GERAKAN telah menyatakan pandangan agar kaedah pelaksanaan permohonan SPHM diteliti semula oleh pihak kerajaan negeri.

Difahamkan perjumpaan itu turut membincangkan cadangan GERAKAN dalam pelaksanaan syarat memiliki sijil halal yang dikuat-kuasakan di peringkat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Ia termasuk meminta PBT tidak tergesa-gesa dengan tindakan pelaksanaan, dan sebaliknya membawa semula kegusaran dan pandangan orang ramai ke meja rundingan. Tambah Wendy, GERAKAN juga telah menekankan agar adanya klausa penangguhan kepada peniaga dalam mendapatkan SPHM bagi tujuan persediaan yg lebih baik.

Parti komponen Perikatan Nasional itu turut mencadangkan pengenalan skop kategori bagi jenis perniagaan, “bermaksud jenis peniagaan mempunyai klasifikasi halal tertentu dan bayaran perunding atau penyediaan premis akan berubah mengikut klasifikasi tersebut, dan tidak membebankan pengusaha dengan blanket policy”, ujar Wendy Subramaniam.

Wendy Subramaniam yang juga Ketua Penerangan GERAKAN berkata, adalah mustahak bagi pihak Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memperluaskan dialog bersama pihak berkepentingan dalam mencapai konsensus dan pelaksanaan yang lebih inklusif.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri, YB Mohd Asri Mat Daud memberi jaminan bahawa cadangan konstruktif yang dibawa oleh delegasi GERAKAN yang turut dihadiri pimpinan pusat Lee Boon Shian dan wakil GERAKAN Kelantan Ong Khang Woon, akan dibawa kepada perhatian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Asri juga menyatakan keprihatinan bahawa setiap pendekatan Kerajaan Negeri adalah berpaksikan rakyat. Pengesahan Sijil Halal ini akan memberi kebaikan bersama, terutamanya dari seni penyediaan makanan dan minuman, kebersihan dan tatacara penyajian kepada pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya