Pemuda Pas minta kerajaan teliti pelaksanaan WBB

Pemuda Pas minta kerajaan teliti pelaksanaan WBB

doktor
AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda Pas meminta kerajaan terutama Kementerian Kesihatan supaya mengambil kira maklum balas para doktor berhubung pelaksanaan model waktu bekerja baharu (WBB).

Ketuanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, meskipun objektif awal pelaksanaan WBB adalah untuk mengurangkan beban kerja dan meningkatkan keseimbangan hidup serta kerja (work-life balance) dalam kalangan pegawai perubatan, namun pelbagai isu yang timbul menunjukkan bahawa polisi ini memerlukan penelitian semula secara mendalam.

Oleh itu katanya Pemuda Pas menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan segera terhadap perkara itu termasuk libat urus lebih komprensif dengan para doktor di mana kerajaan diminta memperbaiki kaedah keterlibatan dengan doktor-doktor yang terlibat secara langsung.

“Pemuda Pas menerima maklum bahawa sesi townhall yang diadakan baru-baru ini tidak mencapai objektif kerana tidak menyediakan ruang dialog yang mencukupi dan soalan-soalan kritikal tidak diberi perhatian sewajarnya.

“Proses ini harus diulang dengan penyertaan lebih meluas dengan melibatkan pegawai perubatan junior (MO) dan pakar-pakar,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu katanya, kementerian juga diminta bertindak terhadap isu kadar elaun ‘oncall’ yang tidak sekata dan penetapan kadar yang tidak adil antara unit yang mengamalkan dan yang tidak mengamalkan WBB, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Selain itu, katanya, kadar bayaran RM9/jam jelas tidak setimpal dengan intensiti dan risiko kerja doktor ibarat satu penghinaan kepada pengorbanan mereka. Elaun ‘oncall’ mesti dinaikkan segera tanpa perlu menunggu berlakunya perubahan model kerja.

Katanya Pemuda Pas juga memohon kerajaan menangani isu kekurangan tenaga kerja bukan mengaburinya dengan melaksanakan WBB.

“WBB yang diperkenalkan dilihat semakin menambah bebanan kepada doktor yang bertugas akibat kekurangan tenaga kerja. Isu ini tidak akan selesai hanya dengan mengubah sistem waktu bekerja tetapi memerlukan tindakan segera dalam penambahan tenaga kerja yang mencukupi,” katanya.

Selain itu kata Afnan Hamimi, pendekatan WBB yang terlalu bergantung pada pekeliling JPA mesti dikaji semula.

Katanya, skim perkhidmatan kesihatan tidak boleh disamakan dengan sektor lain.

“Oleh itu, Pemuda Pas menyokong cadangan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang bebas untuk memastikan dasar dan polisi sektor kesihatan lebih bersesuaian dengan realiti kerja para doktor,” katanya.

Katanya, demi keadilan untuk semua doktor sebarang perubahan polisi kerja mesti memastikan kesaksamaan untuk semua doktor bagi memastikan tiada jurang besar antara mereka yang mendapat manfaat daripada WBB dan mereka yang kekal dalam sistem amalan semasa.

Pada masa sama katanya, Pemuda Pas juga mengingatkan kerajaan bahawa kebajikan doktor bukan sekadar isu teknikal tetapi juga melibatkan aspek moral dan etika.

“Realitinya, mereka telah bertahun-tahun menghadapi cabaran luar biasa sebagai barisan hadapan negara, terutamanya semasa pandemik COVID-19.

“Oleh itu, mereka layak diberi perhatian yang sewajarnya tanpa sebarang kompromi.

“Akhir sekali, Pemuda Pas menegaskan bahawa kebajikan penjawat awam, khususnya doktor, adalah tanggungjawab kerajaan yang tidak boleh diabaikan.

“Pemuda Pas menggesa Menteri Kesihatan dan Perdana Menteri untuk segera mengambil tindakan proaktif dalam isu ini demi kesejahteraan dan masa depan sektor kesihatan negara yang lebih baik,” katanya.dilan untuk para doktor kerajaan mesti menjadi keutamaan. Kerajaan tidak boleh sekadar mematuhi pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tanpa memahami realiti tugas para doktor yang jauh berbeza dengan sektor awam lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya