Konsep Rahmah mesti diteruskan - Aiman Athirah

Konsep Rahmah mesti diteruskan – Aiman Athirah

Konsep Rahmah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Konsep Rahmah yang diperkenalkan Parti Amanah Negara (Amanah) seharusnya diteruskan serta dikembangkan dalam pelbagai dasar kerajaan.

Malah, ia tidak seharusnya terhenti setakat Menu Rahmah, Payung Rahmah, Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Pakej Rahmah dan Kafe Rahmah kerana ia mempunyai falsafah khusus yang menjadi faktor kewujudan gagasan tersebut.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, falsafah Menu Rahmah berdasarkan pada rezeki peniaga terdapat hak orang lain.

“Justeru, tidak wajar dipolemikkan menu Rahmah itu sukar diteruskan, jika semua jujur memahami ikhlas akan prinsip dan falsafah itu. la bukan soal roket sains, tetapi perihal empati, ihsan dan manusiawi.

“Sedekah para peniaga untuk menjemput lebih banyak rezeki,” katanya ketika berucap pada pidato Konvensyen AWAN 2024, hari ini.

Pada konvensyen tersebut, seramai 551 perwakilan dari seluruh negara hadir bagi mendengar perbahasan dan meluluskan resolusi.

Jelas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, beliau menyeru legasi pemimpin parti tidak dipersiakan dan mengucapkan syabas kepada Sumber Manusia Amanah Nasional yang mengangkat konsep Rahmah sebagai nilai teras mereka iaitu Rahmah, Amanah, Hikmah, Muafakat, Adil dan Hormat.

“Tentulah terma dan konsep Rahmah perlu terus ditaji dan dirapi, dan kita harus berbangga sejak ia mula-mula diperkenalkan oleh Timbalan Presiden Amanah, Dr. Mujahid Yusof seganding dengan penubuhan parti, ia telah berkembang dan dimasyhurkan.

“Apatah lagi ia sinonim dengan kita ekoran usaha Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam menterjemahkan Rahmah melalui politik khidmat, politik nilai dan politik mendidik – sesuatu yang sering kita ulang laungkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya