Gesa polis siasat kenyataan Zamri Mantop hina Perdana Menteri

Gesa polis siasat kenyataan Zamri Mantop hina Perdana Menteri

Hina Perdana Menteri
AZLI Yusof (tiga, kiri) dan Abbas Salimmi Che Adzmi (tiga, kanan) menunjukkan laporan polis serta tangkap layar status Facebook yang dibuat Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin di hadapan IPD Shah Alam, Seksyen 9, di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis digesa menyiasat tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Dr. Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin daripada Parikatan Nasional (PN) yang didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Azli Yusof berkata, dakwaan yang dibuat bekas penceramah selebriti itu berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri yang kononnya menyokong perilaku derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Tindakan Mohd. Zamri yang kemudiannya menyalahkan pentadbir akaun Facebooknya setelah kenyataan itu disahkan palsu dan bersifat fitnah adalah tidak bertanggungjawab.

“Ini menunjukkan sikap lepas tangan dan tidak serius dalam memastikan integriti dan kebenaran maklumat yang disebarkan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.

Laporan polis berhubung kes berkenaan dibuat Setiausaha Biro Mobilisasi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Abdul Muhaimin Abu Bakar.

Azli yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menegaskan, itu bukan kali pertama pemimpin PN mengeluarkan kenyataan yang tidak berasaskan fakta tanpa melakukan semakan.

“Amalan menyebarkan fitnah ini bukan sahaja mencemarkan reputasi individu tetapi juga menganggu keharmonian negara.

“Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan forensik secara menyeluruh ke atas akaun Facebook Mohd. Zamri untuk mengenal pasti dalang sebenar yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini,” tegasnya.

Kemudian, Ketua Penerangan PH Selangor, Abbas Salimmi Che Adzmi menegaskan, beliau mempersoal tindakan Mohd. Zamri mengeluarkan kenyataan sedemikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang akan berlangsung Februari depan.

Menurutnya, beliau hairan mengapa Mohd. Zamri yang dikenali sebagai Zamri Mantop mengeluarkan kenyataan sedemikian, seolah-olah Perdana Menteri bersetuju dengan apa-apa tindakan yang menderhakai YDPA.

“Kenyataan-kenyataan Mohd. Zamri dalam Facebooknya berbaur hasutan memecahkan masyarakat dalam negara ini. Tidak habis-habis salahkan DAP. Kita tidak tahu apa matlamatnya berbuat sedemikian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya