Pembangkang dakwa Belanjawan Melaka tidak telus

Pembangkang dakwa Belanjawan Melaka tidak telus

MOHD. YADZIL Yaakub bercakap dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Butiran peruntukan Belanjawan Negeri Melaka 2025 yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini yang berakhir hari ini didakwa mempunyai kekurangan dan tidak telus.

Ketua Pembangkang DUN, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, sesetengah perbelanjaan tidak dinyatakan dengan jelas terutamanya dalam sektor pembangunan Infrastruktur, pendidikan, pelancongan, keselamatan, bencana dan alam sekitar.

Menurutnya, beberapa projek yang dicadangkan dalam belanjawan juga memberi impak negatif kepada masyarakat setempat dan alam sekitar.

“Antara projek tersebut adalah menaik taraf trek pejalan kaki di tapak lama monorel dengan anggaran kos RM10 juta dan projek pencahayaan Dataran Keris Alor Gajah berjumlah RM600,000,” katanya dalam sidang akhbar di Seri Negeri.

Tambah Mohd. Yadzil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, kewujudan German Technology Park (GTP) juga harus dipertikaikan kerana tidak dinyatakan secara terperinci dalam belanjawan.

“Perikatan Nasional (PN) menyifatkan Belanjawan Negeri Melaka 2025 bukan untuk rakyat Melaka berjumlah 1.08 juta,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya