Dua pemerhati rakam video dakwa Ab. Rauf ‘tidur’, diarah

Dua pemerhati rakam video dakwa Ab. Rauf ‘tidur’, diarah keluar dewan

AB. RAUF Yusoh berucap pada Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua individu yang dipercayai merakam dan menyebarkan klip video mendakwa kononnya Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh tertidur ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini telah diambil tindakan.

Video berdurasi 17 saat itu kemudiannya dimuat naik oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam laman sosial Facebooknya, meskipun beliau tidak berada dalam dewan semasa kejadian itu dirakam.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, individu terlibat yang merupakan pemerhati telah diarah keluar dari dewan atas tindakan tidak bertanggungjawab yang jelas berniat jahat.

“Saya difahamkan bentara dewan telah menghalau keluar dua orang individu yang tidak bertanggungjawab ini kerana berniat jahat untuk merakam video itu dan ditularkan.

“Ketua Menteri kita ini setiap hari tidur lewat dan bangun awal, salah satu Ketua Menteri yang selalu hadir ke pejabat Seri Negeri ini yang paling awal mengalahkan Exco.

“Tadi saya berada empat orang sebelah yang bersama Ketua Menteri. Bukanlah Ketua Menteri tidur, jadi ini salah satu video yang berniat jahat untuk menjatuhkan imej Ketua Menteri kita,” katanya dalam sidang akhbar di Seri Negeri.

Video itu dimuat naik Mas Ermieyati dengan kapsyen, “Kesian YAB… terlelap nampaknya. Keletihan …Overtime semalam ya….”.

Tambah Fairul Nizam, DUN Melaka diminta mengambil tindakan tegas kepada pemerhati termasuk menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit, kecuali kepada ahli dewan, ex-officio, pegawai kerajaan dan pengamal media.

“Saya berharap pihak tidak bertanggungjawab menularkan video ini menafikan sekeras-kerasnya apa yang berlaku dan memadam video berkenaan dengan segera memandangkan kami semua berada di dalam dewan dan tahu situasi sebenar.

“Saya amat berharap selepas ini pihak dewan dapat mengambil tindakan sewajarnya dan memastikan mereka yang masuk ke dalam dewan tidak membawa telefon bimbit bagi tujuan yang berniat jahat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya